Tuesday, July 27, 2010

TENSION!!!

seorang demi seorang kawan-kawan aku mula melangkah ke alam pekerjaan. Ada juga yang telah melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.. Huwaaa!!! Aku pula tetap begini, tak ada kerja, tak ada apa.. Huhu.. Walaupun kehidupan aku semakin hari semakin sibuk [sebab jadi driver mak] tapi ada satu kekurangan dimana skill aku belum ditunjuk secara rasminya. Tak dinafikan, memang susah buat aku dalam mencari kerja ni. Maklumlah, bidang yang aku ceburi pula bidang lelaki. Amatlah susah untuk company percaya bahawa aku mampu buat kerja-kerja lelaki ni. Tak apa. Aku akan terus usaha dan usaha. Jadi sementara tiada kerja tetap, supir sajalah pekerjaanku.. Apa-apa pun, aku nak ucapkan tahniah kepada semua rakan yang berjaya mendapat kerja dan melanjutkan pelajaran.. Doakan aku k kawan.. Huhu..

Friday, July 9, 2010

huha..

Sudah masuk bulan kedua sejak aku ditabalkan sebagai USAHAWAN ANGGUR paling berjaya di abad ini.. [Eh.. Dah xnak serama skema lg ke? Bahasa aku2 dh].. Walaubagaimanapun, aku masih juga menggiatkan diri untuk mencari profesion yang laen.. Ylh, takkan sampai tua masih juga nak jadi USAHAWAN ANGGUR.. Eii. Tak patut betul. So, baru tadi, aku pergi satu open interview dekat Samajaya Industrial Zone, dgn harapan dpt la keje. Post yang aku minta, pembantu juruteknik. Kiranya buat kerja2 maintenance la.. Ok la kan? Not bad..

Dalam masa yang sama, aku try isi e-recruitment, jobstock, jobstreet, JTK, macam2 lagi la.. Anta resume sana sini, tapi belum ada rezeki. Aritu, kawan aku offer keje untuk aku. Keje sbg cashier kat Petronas. Aku tolak, bukan sebab gaji kecik ke hapa, tapi sebab aku takde tempat tinggal. Aku dapat offer jd cashier kat Usu Cafe di Samarahan, aku lom bagi jawapan lagi. InsyaAllah, kalau takde aral melintang, akan aku tolong nenek aku yang berharap pada aku. Maklumlah, harapan keluarga. Blink! Blink!!

Satu lagi impian yang belum tercapai lagi.. Aku nak buka gerai burger. Syok kalau ada satu gerai burger. Dah maju gerai aku nanti, dapat la buka fast food restoren. Wah.. Maybe someday.. Ermm.. Esok2 aku sambung lagi.. Daa..

Itu dia aku sudey jiwang lagi!!


Dia ni buat aku keliru.. Dia ni buat aku giler.. Dia ni buat aku bahagia?? Emm.. Susah kalau dibiarkan perasaan ni menjalar terus dalam hati aku nih. Tapi nak buat macam mana kalau dah nak jadi? Aku menafikan kebenaran dalam diri aku dan aku menjadi seorang yang hipokrit sekiranya mengatakan aku tidak perlukan dia. Sebagaimana yang pernah dia ucapkan pada aku, dia tak sanggup berpisah dengan aku tapi perpisahan tetap juga berlaku. Selama empat tahun menahan rasa derita, akhirnya dia kembali dalam hidup aku. Kenapa ini berlaku? Dalam masa yang sama, aku cuba untuk menjadi seorang yang lebih baik dengan mencuba untuk berubah. Aku cuba menerima orang lain yang bergelar Lelaki dalam hidup aku tapi entah.. Begitu sukar ku rasakan.. Tidak sanggup rasanya melukakan hati orang lain, tapi entah dengan mudah aku menolak mereka dengan alasan aku belum bersedia. Memang aku belum bersedia.

Dia ni.... Suatu masa dahulu, sering dambakan sentuhanku, pelukanku, ciumanku.. Tapi sekarang, tersentuh sedikit, terus bagai terkena kejutan elektrik menjarakkan tubuhnya dari tubuhku. Perasaan serba salah terus terpancar dari matanya, mungkin kerana teringat sengketa lama yang boleh dikatakan disebabkan dia. Bukan mahu mengungkit kisah lama tetapi, saat dia meninggalkan aku hati aku terus hancur. Tidak ada semangat untuk hidup. Lelah hati ini menipu mata-mata mereka di sekeliling aku dengan gelak dan tawa sedangkan seluruh hidupku bagaikan berterbangan. Bukan sedikit masa yang aku perlukan untuk menangis dan terus menangis. Bukan sekejap yang aku perlukan untuk menghilangkan kedukaan dalam diri ini.

Walaupun kau datang semula padaku.. Aku pasti kita kini tidak lebih dari sekadar kawan. Sudah kusingkirkan jauh-jauh rasa hati ini. Jika ada pun, tidak akan lama dalam hatiku. Terima kasih kerana mengajarku erti kehidupan.. Terima kasih kerana mengajar aku menerima perpisahan. Terima kasih atas segala-galanya..