Tuesday, July 27, 2010

TENSION!!!

seorang demi seorang kawan-kawan aku mula melangkah ke alam pekerjaan. Ada juga yang telah melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.. Huwaaa!!! Aku pula tetap begini, tak ada kerja, tak ada apa.. Huhu.. Walaupun kehidupan aku semakin hari semakin sibuk [sebab jadi driver mak] tapi ada satu kekurangan dimana skill aku belum ditunjuk secara rasminya. Tak dinafikan, memang susah buat aku dalam mencari kerja ni. Maklumlah, bidang yang aku ceburi pula bidang lelaki. Amatlah susah untuk company percaya bahawa aku mampu buat kerja-kerja lelaki ni. Tak apa. Aku akan terus usaha dan usaha. Jadi sementara tiada kerja tetap, supir sajalah pekerjaanku.. Apa-apa pun, aku nak ucapkan tahniah kepada semua rakan yang berjaya mendapat kerja dan melanjutkan pelajaran.. Doakan aku k kawan.. Huhu..

Friday, July 9, 2010

huha..

Sudah masuk bulan kedua sejak aku ditabalkan sebagai USAHAWAN ANGGUR paling berjaya di abad ini.. [Eh.. Dah xnak serama skema lg ke? Bahasa aku2 dh].. Walaubagaimanapun, aku masih juga menggiatkan diri untuk mencari profesion yang laen.. Ylh, takkan sampai tua masih juga nak jadi USAHAWAN ANGGUR.. Eii. Tak patut betul. So, baru tadi, aku pergi satu open interview dekat Samajaya Industrial Zone, dgn harapan dpt la keje. Post yang aku minta, pembantu juruteknik. Kiranya buat kerja2 maintenance la.. Ok la kan? Not bad..

Dalam masa yang sama, aku try isi e-recruitment, jobstock, jobstreet, JTK, macam2 lagi la.. Anta resume sana sini, tapi belum ada rezeki. Aritu, kawan aku offer keje untuk aku. Keje sbg cashier kat Petronas. Aku tolak, bukan sebab gaji kecik ke hapa, tapi sebab aku takde tempat tinggal. Aku dapat offer jd cashier kat Usu Cafe di Samarahan, aku lom bagi jawapan lagi. InsyaAllah, kalau takde aral melintang, akan aku tolong nenek aku yang berharap pada aku. Maklumlah, harapan keluarga. Blink! Blink!!

Satu lagi impian yang belum tercapai lagi.. Aku nak buka gerai burger. Syok kalau ada satu gerai burger. Dah maju gerai aku nanti, dapat la buka fast food restoren. Wah.. Maybe someday.. Ermm.. Esok2 aku sambung lagi.. Daa..

Itu dia aku sudey jiwang lagi!!


Dia ni buat aku keliru.. Dia ni buat aku giler.. Dia ni buat aku bahagia?? Emm.. Susah kalau dibiarkan perasaan ni menjalar terus dalam hati aku nih. Tapi nak buat macam mana kalau dah nak jadi? Aku menafikan kebenaran dalam diri aku dan aku menjadi seorang yang hipokrit sekiranya mengatakan aku tidak perlukan dia. Sebagaimana yang pernah dia ucapkan pada aku, dia tak sanggup berpisah dengan aku tapi perpisahan tetap juga berlaku. Selama empat tahun menahan rasa derita, akhirnya dia kembali dalam hidup aku. Kenapa ini berlaku? Dalam masa yang sama, aku cuba untuk menjadi seorang yang lebih baik dengan mencuba untuk berubah. Aku cuba menerima orang lain yang bergelar Lelaki dalam hidup aku tapi entah.. Begitu sukar ku rasakan.. Tidak sanggup rasanya melukakan hati orang lain, tapi entah dengan mudah aku menolak mereka dengan alasan aku belum bersedia. Memang aku belum bersedia.

Dia ni.... Suatu masa dahulu, sering dambakan sentuhanku, pelukanku, ciumanku.. Tapi sekarang, tersentuh sedikit, terus bagai terkena kejutan elektrik menjarakkan tubuhnya dari tubuhku. Perasaan serba salah terus terpancar dari matanya, mungkin kerana teringat sengketa lama yang boleh dikatakan disebabkan dia. Bukan mahu mengungkit kisah lama tetapi, saat dia meninggalkan aku hati aku terus hancur. Tidak ada semangat untuk hidup. Lelah hati ini menipu mata-mata mereka di sekeliling aku dengan gelak dan tawa sedangkan seluruh hidupku bagaikan berterbangan. Bukan sedikit masa yang aku perlukan untuk menangis dan terus menangis. Bukan sekejap yang aku perlukan untuk menghilangkan kedukaan dalam diri ini.

Walaupun kau datang semula padaku.. Aku pasti kita kini tidak lebih dari sekadar kawan. Sudah kusingkirkan jauh-jauh rasa hati ini. Jika ada pun, tidak akan lama dalam hatiku. Terima kasih kerana mengajarku erti kehidupan.. Terima kasih kerana mengajar aku menerima perpisahan. Terima kasih atas segala-galanya..

Wednesday, June 30, 2010

Kerja oh Kerja!!

Rasanya dah beberapa hari dah saya biarkan blog saya kegersangan kesepian tanpa ada post baru.. Hehehe.. So, hari ni saya nak share skit cerita latest saya. Baru-baru ni, saya dah berjalan-jalan di sekitar kuching mencari kerja . So, untuk kefahaman anda, saya punya English sangat terror tak berapa nak ok time speaking. Tapi, atas paper, saya dapat A1. Saya pun tak faham kenapa english saya tak ok. Saya kena interview dalam english dan bayangkan, saya tergagap-gagap semasa menjawab pertanyaan interviewer tu.. Alamak!! Seram giler perasaan nih. Huhu..
Sampai sekarang, saya belum dapat jawapan mengenai kerja yang saya pohon. Alamatnya, saya kena jadi usahawan anggur penganggur lagi la ni.. Nak buat macam mana tak ada rezeki lagi..

Takpe la, lepas ni saya akan cuba lagi dan cuba lagi. Kalau tak dapat juga saya g jual burger ke, kueh ke.. Asalkan saya dapat rezeki yang halal. Betul tak? Huhu.. Ok la, saya nak berambus minta diri dulu. Daa..

Friday, June 25, 2010

Chupa Chups Mini Relax!!


Assalammualaikum!!

Saya ada berita baik buat para perokok yang ingin berhenti merokok di luar sana. Pasti anda mengalami kesukaran untuk berhenti merokok kan? Haaa.. Ni, saya nak share dengan anda. Buat pengetahuan semua, saya merupakan penggemar lolipop dan tentu sekali yang menjadi pilihan saya chupa chups!! Sedapnya.... Kalau saya ada lolipop memang saya akan hisap, hisap, jilat, jilat.. Ops!! Jangan marah aaa..

Baru-baru ni saya telah mendiscover satu lolipop yang amat luar biasa seronoknya iaitu Chupa Chups Mini Relax.. Comel je. Lolipop ni lebih kurang besar duit syiling seposen je. Jadi, lolipop ni adalah gula-gula yang dibuat dengan rasa yang luar biasa sedapnya dan ia juga boleh dijadikan sebagai satu alternatif yang seronok dan sedap untuk menggantikan rokok disaat sangap nak merokok!!



Lolipop ini adalah fruit mini-lolipop dengan rasa buah citrus yang menyegarkan. Lolipop ni mengandungi melissa officinalis (lemon herb) dan linden (lime blossom) extrak untuk rasa yang relax. Ia juga bebas lemak!! Huhu!

Jadi, berhenti merokok bukanlah susah sangatkan? Yang penting, azam tu kuat dan kawal nafsu. Ok la. Selamat mencuba!

Thursday, June 24, 2010

Salam sayang buat Nita..


Salam Nita..

B rindu ngan Nita. B tauk, b x patut kaco nita gik. Nita dah ada hidup baru, nita dah alim, nita dah da lelaki yg bait. Alhamdullillah.. Tapi b mok nita rasa, dengar, lihat apa yang b alami selama tOwk. B x pernah carik orang lain. X pernah tangga orang lain. Nya laki ka ompuan ka x pernah peduli. Hidup tOwk sunyi tapi entah kenak B xpat terima orang lain. Kadang rasa jatuh sayang ngn someone, tapi b juak yang molah hal. Teddy bear yg nita berik, langsung b xmok tangga. Tiap kali b tgga teddy ya, tiap kali ya juak b nangis. Empat tahun nahan rasa, ingat nyaman ka. Makin lama, makin terhiris hati b towk nita eh. B sayang gilak2 ngn nita.

Apa boleh buat, Nita tetap mok polah B macam tOwk. Tapi b faham, and b xkn halang nita. Life must go on. B rindu glak ngn Nita waktu tOwk. cuma tuhan jak tauk. Cuma cgek benda yang slalu B padah kat Nita dOlowk and b xmok Nita lupakannya.. My love for you would remain until death make us apart..

Note : Jiwang siot aku nih.. Giler.