Tuesday, July 27, 2010

TENSION!!!

seorang demi seorang kawan-kawan aku mula melangkah ke alam pekerjaan. Ada juga yang telah melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.. Huwaaa!!! Aku pula tetap begini, tak ada kerja, tak ada apa.. Huhu.. Walaupun kehidupan aku semakin hari semakin sibuk [sebab jadi driver mak] tapi ada satu kekurangan dimana skill aku belum ditunjuk secara rasminya. Tak dinafikan, memang susah buat aku dalam mencari kerja ni. Maklumlah, bidang yang aku ceburi pula bidang lelaki. Amatlah susah untuk company percaya bahawa aku mampu buat kerja-kerja lelaki ni. Tak apa. Aku akan terus usaha dan usaha. Jadi sementara tiada kerja tetap, supir sajalah pekerjaanku.. Apa-apa pun, aku nak ucapkan tahniah kepada semua rakan yang berjaya mendapat kerja dan melanjutkan pelajaran.. Doakan aku k kawan.. Huhu..

No comments:

Post a Comment