PLKN 1

senangnya dalam hati.. Lalalala... Morning. Hari ni terasa macam nak menulis awal skit. Awal ke? Ok la ni kan? Arghh! Apa punya intro daa. Ok, hari ni saya ingin berkongsi pasal khidmat negara.. Chewah!!

Saya tahu sebelum ni banyak budak-budak yang takut nak masuk PLKN. Blah la, nak takut buat apa. Best giler tau! Yang ada ikut mesti nak 2 atau 3 kali lagi. Yang paling best, kita boleh bawak balik souvenir berupa kulit yang hitam. Hehehe. Gurau.

Saya merupakan bekas pelatih Siri Ke-4, Kumpulan Pertama tahun 2007. Saya ditempatkan di kem Putra Sentosa, Sematan yang mengambil kira-kira 3 jam perjalanan dr rumah saya. Kem ni merupakan kem paling jauh dari bandar berbanding dengan Kem Juara, Serian dan Kem Puncak Permai, Bau. Entah kenapa saya tercampak kat sini.

1 Januari 2007

Hari ni merupakan hari pertama mendaftar.Seawal pukul tujuh pagi sudah tercongok kat Terminal Bas Serian. Saya tak banyak bawak barang sebab tahu nanti mesti pakai uniform. Wah!! Banyak kawan lama! Seronok.. Fiona, Pauline, Vincent dan Paul. Mesti best. Sesi pendaftaran mengambil masa agak lama kerana bilangan pelatih yang ramai. Pelbagai ragam yang dapat kita lihat. Ada yang menangis, ada yang cool, ada yang alah tak ada apa lah. Saya? Mestilah cool. Sesi pendaftaran dibuka sehingga tengahhari kerana ada pelatih yang belum datang. Eee.. Nak kena pejara ke? Budak yang dihantar ke semenanjung atau Sabah sudah dihantar terlebih dahulu. Tinggal budak dalam negeri sahaja.Kira-kira pukul 1, bas kami bergerak menuju ke kem.Setibanya di kem, kami dapati pelatih dari Kuching dan Sri Aman telah tiba lebih awal. Kami semua dikumpulkan terlebih dahulu sebelum dibahagi mengikut kompeni kerana pelatih dari Selangor, Kuala Lumpur dan Labuan belum tiba.

Disebabkan pelatih dari tiga negeri tadi belum juga tiba sementara hari telah beranjak malam. Kami dikumpulkan di padang kawad. Tiba-tiba, datanglah beberapa buah bas membawa pelatih dari Kuala Lumpur dan Selangor. Rupanya, pelatih dari Labuan mengalami masalah dan hanya akan tiba esoknya. Mereka yang baru datang juga dibariskan mengikut negeri masing-masing. Akhirnya, kami dibahagi kepada empat kompeni dan saya dimasukkan ke dalam kompeni Delta. Kami diberikan masa untuk mengemaskan barang masing-masing di bilik. Wirawati Delta ditempatkan di bilik P7 dan P8. Malam itu kami sempat berkenalan secara ringkas kerana masing-masing kepenatan. Dan malam itu, saya susah nak tidur. Mungkin sebab bertukar tempat tidur. Emm... Akhirnya saya dapat juga tidur dengan berlatar belakangkan bunyi dengkuran kawan-kawan sebilik.

Sebelum saya nak byebye, saya nak ceritakan serba-sedikit mengenai bilik saya iaitu P7. Bilik ini mampu menampung sebanyak 24 orang pelatih. Dan ketua bilik adalah saya. Hahahaha...