Friday, July 9, 2010

Itu dia aku sudey jiwang lagi!!


Dia ni buat aku keliru.. Dia ni buat aku giler.. Dia ni buat aku bahagia?? Emm.. Susah kalau dibiarkan perasaan ni menjalar terus dalam hati aku nih. Tapi nak buat macam mana kalau dah nak jadi? Aku menafikan kebenaran dalam diri aku dan aku menjadi seorang yang hipokrit sekiranya mengatakan aku tidak perlukan dia. Sebagaimana yang pernah dia ucapkan pada aku, dia tak sanggup berpisah dengan aku tapi perpisahan tetap juga berlaku. Selama empat tahun menahan rasa derita, akhirnya dia kembali dalam hidup aku. Kenapa ini berlaku? Dalam masa yang sama, aku cuba untuk menjadi seorang yang lebih baik dengan mencuba untuk berubah. Aku cuba menerima orang lain yang bergelar Lelaki dalam hidup aku tapi entah.. Begitu sukar ku rasakan.. Tidak sanggup rasanya melukakan hati orang lain, tapi entah dengan mudah aku menolak mereka dengan alasan aku belum bersedia. Memang aku belum bersedia.

Dia ni.... Suatu masa dahulu, sering dambakan sentuhanku, pelukanku, ciumanku.. Tapi sekarang, tersentuh sedikit, terus bagai terkena kejutan elektrik menjarakkan tubuhnya dari tubuhku. Perasaan serba salah terus terpancar dari matanya, mungkin kerana teringat sengketa lama yang boleh dikatakan disebabkan dia. Bukan mahu mengungkit kisah lama tetapi, saat dia meninggalkan aku hati aku terus hancur. Tidak ada semangat untuk hidup. Lelah hati ini menipu mata-mata mereka di sekeliling aku dengan gelak dan tawa sedangkan seluruh hidupku bagaikan berterbangan. Bukan sedikit masa yang aku perlukan untuk menangis dan terus menangis. Bukan sekejap yang aku perlukan untuk menghilangkan kedukaan dalam diri ini.

Walaupun kau datang semula padaku.. Aku pasti kita kini tidak lebih dari sekadar kawan. Sudah kusingkirkan jauh-jauh rasa hati ini. Jika ada pun, tidak akan lama dalam hatiku. Terima kasih kerana mengajarku erti kehidupan.. Terima kasih kerana mengajar aku menerima perpisahan. Terima kasih atas segala-galanya..

No comments:

Post a Comment