Friday, June 25, 2010

Chupa Chups Mini Relax!!


Assalammualaikum!!

Saya ada berita baik buat para perokok yang ingin berhenti merokok di luar sana. Pasti anda mengalami kesukaran untuk berhenti merokok kan? Haaa.. Ni, saya nak share dengan anda. Buat pengetahuan semua, saya merupakan penggemar lolipop dan tentu sekali yang menjadi pilihan saya chupa chups!! Sedapnya.... Kalau saya ada lolipop memang saya akan hisap, hisap, jilat, jilat.. Ops!! Jangan marah aaa..

Baru-baru ni saya telah mendiscover satu lolipop yang amat luar biasa seronoknya iaitu Chupa Chups Mini Relax.. Comel je. Lolipop ni lebih kurang besar duit syiling seposen je. Jadi, lolipop ni adalah gula-gula yang dibuat dengan rasa yang luar biasa sedapnya dan ia juga boleh dijadikan sebagai satu alternatif yang seronok dan sedap untuk menggantikan rokok disaat sangap nak merokok!!



Lolipop ini adalah fruit mini-lolipop dengan rasa buah citrus yang menyegarkan. Lolipop ni mengandungi melissa officinalis (lemon herb) dan linden (lime blossom) extrak untuk rasa yang relax. Ia juga bebas lemak!! Huhu!

Jadi, berhenti merokok bukanlah susah sangatkan? Yang penting, azam tu kuat dan kawal nafsu. Ok la. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment