Tuesday, June 22, 2010

Derita Bahagia


Hari-hariku jadi celaru dan tak tentu
Berulang fikir dia satu-satunya
Tidak tahan rasa hati teringatkannya
Akan kupeluk dan cium hangat tubuhnya
Bila saja saat ku jumpa dia

Tidak dapat tidak rasa ini terpamer
Rasa bahagia bila bersamanya buatku tersenyum
Sentuhan jarinya menggegar seluruh sanubariku
Namun dalam rasa bahagia aku merasa derita
Apabila sedar cinta ini cinta terlarang

Kesedaran ini membuat aku menangis
Tak berdaya menerima dugaan maha hebat
Dia mengujiku dengan cinta tiada ertinya
Aku menjerit dan aku menangis sekuat hatiku

Saatku bersedih dia pergi entah ke mana
Hanya nota kecil sebagai pengganti diri
Aku kecewa seluruh jiwa dan raga
Namun apabila kubaca nota kecil itu
Terhambur tangisan tidak tertahan lagi
Bila tahu rupanya dia lebih lagi menderita
Mencintaiku..

Monday, June 21, 2010


Bola.. Bola.. Bola.. Kenapa semua orang macam nak gila bila tengok bola? Satu masa dahulu, bola agak sinonim dengan kaum Adam a.k.a lelaki. Tetapi sekarang lelaki atau perempuan, gay atau pengkid, pondan atau tomboy, orang tua atau orang muda, budak kecik budak besar, semuanya hantu bola. Tidur bola, makan bola, mandi bola.. Haii..
Apa nak jadi ni? Waktu malam semua nak berjaga sebab nak tengok match. Tapi waktu siang mengantuk dan tak bermaya. Susah nak cakap apa-apa, saya pun gila bola. Jadi selamat menonton FIFA world cup!! Dan pastikan anda ditemani LIVITA untuk kesegaran berpanjangan. Bye!

Note : Saya sokong Brazil!!

Friday, June 18, 2010

Cuti di DAMAI PURI

Baru-baru nih, saya dan kawan-kawan pergi menginap semalam kat Damai Puri. Damai Puri ni terletak di kawasan Santubong. Pantai kat sini cantik dan bersih. Kalau tak percaya tengoklah gambar nih.



Eh, jangan salah faham eh.. Yang biru giler tuh kolam renang la. Yang cam gelap sikit kat sebelah sana tuh laut dan pantai. Sorry la, tak banyak ambik gambar view. Ada tapi sensored la. Hahaha.

Nih saya nak carik ikan untuk dibakar. Hahaha. Memang seronok kat sini, rasa nak mandi laut je tapi kawan-kawan semua tak nak. Terpaksa la mengalah. Lagipun panas lah kat pantai ni.

Takde ikan pulak. Berjaya tangkap benda ni aje. Nak bakar kesian pula. So, saya lepaskan saja dan cepat-cepat benda nih masuk dalam tanah. Huhu.. Mesti dia tak sabar nak peluk mak bapak dia. Lepas tuh, kami teruskan lagi dengan aktiviti "mengambil gambar tak henti-henti dari tadi". Lepas tuh, yabedabedu!! Pergi swimming pool. Saya memang suka swimming, tapi tak selalu dapat swim. So, hari ni saya balas dendam sungguh-sungguh dan mandi sampai biru. Seronoknya. Teringat masa kecik-kecik kat kampung. Tengok tu, ada macam perenang profesional tak? Wink!!


Ops, tak nampak pula muka haku.. Ops. Saya.. Haha.. Anywhere, bercuti memang satu perkara yang menyeronokkan dan menggembirakan. Saya suka bercuti. Wah!! Nak lagi, nak lagi!! Sesiapa yang baru kahwin, tempat nih memang sesuai untuk honeymoon sebab memang sunyi, tak ada gangguan, free to do anything .. Bilik dia condition tip top ar. Selama sehari saya kat situ, saya dah jumpa dua couple melayu dari semenanjung jadi nampak sangat mereka happy. Berseri-seri pulak tu. Faham-fahamlah. Hahaha.. Ok la. Check out this website :

www.damaipuriresort.com

Friday, June 11, 2010

Derita seekor kucing

Nama saya Awang. Saya merupakan seekor kucing terbiar yang sering merayau-rayau di sekitar blok asrama di sebuah institut pengajian tinggi di bandar Kuching. Saya amat suka tinggal di sini kerana pemandangan di sini amat indah dan permai. Tentu anda juga akan suka sekiranya anda tinggal di sini. Suasana yang sentiasa nyaman dan tenang. Tetapi, kehidupan saya tidaklah seindah tempat ini. Siapalah saya dan dimanakah tempat untuk saya mengadu. Saya dilayan seperti saya tidak layak wujud ke dunia ini. Saya dihalau, dipukul, ditendang, diherdik, dipijak dan kadang-kadang disimbah dengan air ataupun ditikam dengan apa-apa saja jenis barang. Saya jadi terkilan dan kecewa.

Adakah saya telah melakukan dosa besar jika saya pergi mencari barang secebis makanan. Saya tidak pernah minta makanan yang lazat-lazat cukup sekadar sisa-sisa makanan untuk saya melapik perut.Hendak dikatakan mereka adalah manusia yang jahil, tidak pula. Mereka semua adalah pelajar sebuah IPTA, tetapi pemikiran mereka agak singkat. Hanya kerana menjatuhkan sebuah tong sampah, saya dihambat menggunakan kayu sehingga tidak cukup tanah saya berlari. Sakit kepala saya kerana terhantuk dinding semasa cuba melarikan diri. Apabila dirasakan keadaan mula selamat, saya berhenti dan merintih kesedihan. Sudahlah hidup sebatang kara, saya diperlakukan seperti saya tidak ada hati dan perasaan. Lalu saya membawa diri ke belakang blok dengan perut yang kosong dan hati yang sedih disamping pedih dipukul.

Tiba-tiba, saya bagaikan tidak menyangka bahawa ada seseorang manusia memanggil-manggil saya.. Meow.. Meow.. Saya amati betul-betul dan hidu betul-betul. Saya amat takut jika dia bertindak di luar dugaan. Tanpa saya sangka, dia teru merangkul tubuh saya. Disuanya nasi berlauk ikan kepada saya. Ya, bagi mereka itu hanya sisa makanan tetapi bagi saya ia adalah makanan yang paling enak pernah saya dapat di dunia ini. Saya makan dengan gelojoh kerana terlalu lapar. Sambil saya makan, sambil saya memandang ke wajah si manusia baik hati.Saya rasa hairan kenapa dia masih berada disitu sehingga habis makanan saya. Rupa-rupanya, selepas saya habis makan, dia membersihkan bekas makanan tadi. Saya mengiau tanda berterima kasih. Dia hanya tersenyum melihat saya lalu menghilang ke dalam bilik. Melilau saya mencari dia. Saya menghidu di sepanjang blok mencarinya. Dan nah.. Saya sudah jumpa biliknya.

Semenjak hari itu, saya setia berada di depan pintu biliknya. Setiap hari, dia akan memberi makanan kepada saya. Walaupun sekali sekala dia ada mengherdik dan memukul saya, saya tahu dia tidak bermaksud begitu.Selepas itu, dia akan memandang saya dengan pandangan sayu sambil mengusap-ngusap tubuh saya. Saya lantas memaafkan kesalahannya. Tetapi, sudah beberapa hari saya tidak melihatnya. Saban hari saya mengiau dan ini sebulan sudah berlalu. Blok asrama juga terasa sunyi. Rupanya, mereka sudah bercuti. Saya menangis kesedihan kerana tidak tahu sama ada kami akan berjumpa lagi atau tidak. Sesungguhnya, saya merasa amat terharu di atas keprihatinan dia sebelum ini.Saya berdoa agar dia sentiasa dalam keadaan baik dan sihat sejahtera. Semoga Allah membalas segala kebaikannya.

Thursday, June 10, 2010

Kenapa Saya Suka Teddy Bear Saya?

Fakta yang sememangnya anda tahu sebab teddy bear adalah sejenis patung berbentuk beruang yang comel dan berbulu lembut. Wah!! I like. Biar orang nak kata apa saya tetap bawa teddy bear ke mana-mana saja. Inilah rupa teddy bear saya. Cute tak?


Selain daripada itu, kebanyakan teddy bear yang saya ada adalah pemberian daripada rang yang saya sayang iaitu daddy saya dan mummy saya. Sejak kecil lagi family saya sering hadiahkan saya teddy bear dan juga pelbagai jenis patung yang lain. Memang seronoklah. Sebab, saya adalah cucu sulung dalam keluarga saya dan saya sangat sangat sangat manja. Hehehe.. Tapi kebanyakan patung dah tak ada sebab datuk saya buang. Huhuhu. Amatlah sedih, tapi nak buat macam mana. Patung-patung tuh dah tak elok sebab ditenggelami air banjir pada tahun 2003. Kami tak sempat nak selamatkan apa-apa sebab air naik terlalu cepat. Lagipun itu adalah kali pertama rumah kami kena banjir. Memang langsung tak ada preparation.





Teddy bear juga adalah salah satu barangan yang saya suka bagi kepada orang yang tersayang. Sebabnya, ia adalah satu simbolik kasih sayang dan cinta yang suci terhadap si penerima. Chewahh! Hahaha. Apa pun, saya amat menyayangi semua teddy bear saya. Jadi, kepada anda, anda dan anda, cubalah bagi lover anda teddy bear. Mesti dia tersenyum sehingga ke telinga. Boleh juga diberi bersama dengan coklat ataupun bunga. Mesti dia bertambah gembira. Sekian untuk hari ini. Terima kasih..

Monday, June 7, 2010

Nadiku - Sabhi Saddi

Suara kisah kita Yang sehalus sahutan di mata
Segala norma yang melena ku
Pada aroma syurga kita

Nan syahdu cinta menunggu
Sayunya kerna air matamu

Chorus

Nadiku bagaikan berlagu
Nantimu hentikan apa berlaku padamu
Yang ku temu
Hadirmu sambutlah damba dakapanku

Suria kasih kita Yang berbisik gerimis serinya
Seindah frasa yang damaikan ku
Walau sezarah air mata

Biarku kucup wajahmu
Leburkan saja ia padaku Ulang Chorus 2X

Sunday, June 6, 2010

Bako National Park


Taman Negara Bako merupakan taman negara tertua di negeri Sarawak. Daripada yang kita ketahui, taman negara ini terletak di Muara Tebas. Walaupun ia diantara taman negara yang terkecil, tetapi ia tidak pernah mengecewakan pengunjung malah ia boleh dikatakan paling menarik kerana mempunyai hampir semua tumbuh-tumbuhan di Borneo.

Antara tarikan utama di sini ialah, teluknya yang terlindung dan tanjung berbatu dengan tebing curam yang mengagumkan berhadapan dengan Laut China Selatan.Taman Negara Bako juga merupakan taman negara yang paling mudah dilawati untuk aktiviti memerhati monyet belanda.


Pelbagai jenis pengangkutan awam disediakan untuk ke Bako. Teksi, bas, van sewa, kereta sewa, van sapu.. Ops! Tapi, saya cadangkan kepada anda semua supaya menggunakan perkhidmatan bas PETRA JAYA NO. 6, kerana tambang yang lebih murah iaitu hanya RM2.50. Selepas itu, apabila sampai di Kampung Bako, anda bolehlah menyewa bot untuk ke Taman Negara Bako. Disini terdapat pondok hutan, tandas awam, bilik mandi, kantin dan pusat maklumat untuk para pelancong.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Tourism Malaysia Sarawak di talian :
+6082-246 575 / 775 E-mel: mtpbkch@tourism.gov.my

Ataupun susah-susah anda sendiri layari laman web ni.

www.tourism.gov.my