Sunday, June 6, 2010

Cerita Saya - Saya sayang Bapa Saya


Saya baru lepas ambik my dad di Kuching International Airport. Saya ditemani adik saya yang sonong, ataupun sengal dalam bahasa omputehnya.. hahaha.. dan juga mak yang tersayang.. hari ni istimewa sangat, sebab my dad baru balik dari KL dan dia kat KL dah 3 bulan sebab ada kursus.. memang perasaan seronok yang amat lah bila tunggu saat my dad balik.. tapi, saya tetap tak mesra dengan my dad. kadang-kadang saya rindu nak peluk my lovely daddy, nak bermanja tapi tak pernah ada kesempatan tuh.. and tadi dad cakap tak ada apa yang dia bawak untuk saya sebagai hadiah.. saya kata, tak apa lah.. tapi, saya rasa sedikit terkilan..

Bukan cemburu dengan adik-adik, tapi kecewa dad tak pernah faham perasaan satu-satunya anak perempuan dia nih.. saya cuma perlukan dia.. sob2.. sejak kecik lagi, saya anak yang paling nakal, paling selalu kena marah dan paling selalu kena pukul [sebab nakal sangat2].. waktu saya lahir pun dad tak ada di sisi mak.. yang iqamat di telinga saya adalah datuk saya a.k.a pak nek.. nama saya [NORHAFIZAH BT MHD ABDUL HAFIZ] pun datuk saya yang bagi.. dan nama bapa saya salah ejaan [nama dad, MOHD ABD HAFIZ]..

So, ketika berumur 12 - 13 tahun saya jadi macam tak berapa nak suka lah kat my dad time tuh.. [ish3.. anak apalah aku nih]. maklumlah, waktu tuh, darah masih muda dan segar, tengah keliru dalam mencari identiti diri.. tapi, apa salahnya dad bagi perhatian lebih sedikit pada saya. saya cuma seorang budak perempuan kecik yang lemah dan tak tau apa erti kehidupan waktu tuh..

Sejak saya mula meningkat remaja, saya sering berdikari dalam menguruskan diri sendiri.. kadang-kadang, mak masuk campur jika saya tak mampu melakukannya.. contohnya tandatangan buku laporan.. takkan saya nak sign kot.. [walaupun saya nakal, saya tak pandai tiru tandatangan dad atau mak saya]. waktu tuh, dad tak tinggal dengan kami. dad telah dipindahkan ke sibu, dan kami tinggal di serian.. nasib baik, saya mampu fikirkan yang terbaik dan saya aktifkan diri dalam kokurikulum seiring dengan pelajaran.. my mum sentiasa support saya dalam apa-apa bidang.. saya join pasukan bola keranjang, kadet remaja sekolah dan persatuan seni silat. selain daripa tuh, saya carik duit lebih dengan menjual kerepek mee pada waktu rehat.. berkat usah tak seberapa, saya berjaya beroleh 5A 2B 1C dalam PMR. Bolehlah..

Saya pun apply sekolah teknik dah berjaya.. saya ditawarkan jurusan pengajian kejuruteraan mekanikal.. saya minta pendapat dad dan dia cakap "mana kata kitak" or its up to you.. emm.. tak apa lah.. saya pun pergi.. tak sanggup rasanya nak berpisah dengan kawan-kawan.. Tapi, saya tidak akan berpatah balik dan menoleh ke belakang..

Sepanjang pengajian saya di sekolah teknik tersebut, saya rasa seronok sangat dengan suasana baru. Dengan kawan-kawan baru. Pelbagai perkara baru yang saya pelajari dan saya juga ada minat baru iaitu berPengakap. Seronoknya. Saya berpeluang melihat seorang pelajar mengalami histeria secara dekat [sebab kaki dah kaku nak lari sebab takut giler.. hehehe]. Saya juga berpeluang tinggal di asrama yang memang indah dan permai. Wow.. Saya belajar mengaji secara betul. Jadual belajar diseimbangkan dan dibahagikan dengan betul antara bermain dan belajar. Persahabatan yang terjalin antara kawan-kawan juga sangat manis. Secara tak langsung, saya terlupa sebentar perasaan tak menentu terhadap dad. Yang pasti, saya telah melihat satu kebenaran. Dad saya sangat sayangkan saya seperti mana saya sayangkan dia. Dia sanggup balik untuk memberi saya ubat ketika saya sakit di asrama [selalu selsema dan perubahan berat badan yang mendadak.. selalu mengalami luka-luka kecil].. dia belikan vitamin untuk menambah tenaga saya..

Banyak lagi petanda bahawa dad sayang giler-giler kat saya cuma saya yang tak perasan. Sebab tuh, sekarang nih walaupun saya masih rasa terkilan sebab dad terlalu tegas terhadap saya, saya akur dan sering mendiamkan diri jika dad melenting.. [saya masih nakal walaupun umur nak masuk 21.. belum tua lagilah.. theheh..]. Jadi, kat sini saya nak announce bahawa saya sangat sayangkan ayah bapa saya.. I love you dad..

No comments:

Post a Comment