Sunday, June 6, 2010

Eww!! Fakta geli..


Tahukah anda bahawa suatu masa dahulu di Eropah terdapat satu undang-undang yang sangat pelik dimana masyarakat disana dilarang mandi dan jika disabit kesalahan boleh dihukum mati kerana perbuatan ini bertentangan dengan hukum agama dan undang-undang negara.. Ish3.. Tak patut kan.. Mesti anda rasa sangsikan.. Tak apa.. Saya tak suruh percaya pun. Menurut beberapa sumber yang dipercayai, pada kurun ke-14, seorang wanita bernama Dwine telah dibakar hidup-hidup gara-gara mandi dua kali sehari. Selain daripada itu, dia juga mandi pada hari Sabbath [hari suci masyarakat Rutland]. Pelik.. Kalau kita, hari suci tu lah kita kena bersih dan berbau wangi.. Betul tak?

Ratu Sepanyol, Isabella cuma mandi dua kali sepanjang hayatnya. Pertama, semasa dilahirkan ke dunia, kedua sewaktu majlis perkahwinannya. Bayangkan!! Sementara itu, Raja Perancis, Louis XIII pula cuma mandi sekali seumur hidup! Yakkk!! Selepas berakhinya zaman kegelapan, barulah mandi menjadi rutin sesetengah masyarakat Eropah. Bagaimanapun, paderi Kristian amat tidak gemar madi pada masa itu dan mengeluarkan fatwa bahwa mandi itu adalah dosa besar.. Cis!! Ada ka? Tradisi kerap mandi di kalangan masyarakat Barat hanya mula berkembang pada abad ke-17. Ish3.. Apa kata anda? Renung-renungkan dan selamat beramal!!

No comments:

Post a Comment