Sunday, June 6, 2010

Pulau Satang


Before this, saya dan mak saya telah berborak. Kami rancang nak buat family vacation. Mak saya cadangkan KL tapi saya nak pergi Sabah sebab saya sukakan ketenangan. Tengah saya membuat research untuk projek semester akhir saya tak lama dahulu, saya menaip kata kunci Pulau Satang. Wow!! Memang menarik! Paling menarik, pulau ini terletak di bahagian Kuching. Hati saya memang sudah terpaut dengan keindahan pemandangannya.Kalau tak silap, boleh ke sana melalui Pantai Damai atau Kampung Santubong. Untuk sampai ke sana, anda harus menaiki bot dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Jangan berenang, entah esok atau lusa baru sampai.. haha.

So, Pulau Satang terbahagi kepada dua iaitu Pulau Satang Kecil dan Pulau Satang Besar. Pulau ini adalah dibawah jagaan Sarawak Turtles Board of Management dengan kerjasama daripada Sarawak Museum dan Sarawak forestry Department.Pulau Satang Besar ditutup kepada umum untuk melancarkan proses pemuliharaan spesis terancam ninja turtles. Walaubagaimanapun, pulau masih dapat dilawat dengan syarat mendapatkan permit daripada Forest Department. Disitu cuma ada sebuah lodge tempatan yang kecik comel, tetapi dengan tempat penginapan dan keselesaan yang tidak seberapa. Tak ada kantin ke, cafe ke, so bawak bekalan sendiri ok? Nak dapatkan lebih banyak informasi:

SARAWAK FORESTRY
Tel: (+6) 082 610088 Fax: (+6) 082 610099
Toll free line: 1 800 88 2526
Website: www.sarawakforestry.com

Untuk membuat tempahan dan apa-apa soalan :

National Parks Booking Office,
Visitors Information Centre,
Jalan Tun Abang Haji Openg,
93000 Kuching Sarawak,
Tel: (+6) 082 248088 Fax: (+6) 082 248087
Online booking: http://ebooking.com.my

No comments:

Post a Comment